Malaysia benam Jepun 2-0, mara ke final

1 Oct 2026 • 4:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia benam Jepun 2-0, mara ke final

Image from: Malaysia benam Jepun 2-0, mara ke final

PETALING JAYA: Pasukan skuasy wanita negara mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Jepun 2-0 pada separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya, Jepun, hari ini.

Malaysia membuka aksi menerusi bintang No. 5 dunia, S. Sivasangari yang dipaksa beraksi sehingga lima set sebelum menang ke atas Satomi Watanabe yang menghuni ranking No. 6 dunia 5-11, 11-7, 6-11, 11-6, 11-3 dalam masa 33 minit.

Mendahului 1-0, skuad negara yang hanya memerlukan satu sahaja lagi kemenangan berhasil berbuat demikian menerusi pemain No. 23 dunia, Aira Azman.

Pemain muda berusia 22 tahun itu tidak berdepan masalah mengetepikan Akari Midorikawa 11-8, 11-5, 11-3 dalam masa 17 minit.

Kejayaan itu meletakkan Malaysia semakin hampir mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Temasya Hangzhou 2022 dan akan bertemu Hong Kong dalam perlawanan akhir, esok. – UTUSAN

The post Malaysia benam Jepun 2-0, mara ke final appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved