Malaysia- Hungary perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan

7 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Malaysia- Hungary perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Malaysia dan Hungary memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian serta keterjaminan makanan menerusi pelbagai inisiatif, termasuk penyertaan Hungary dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara itu, dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama dengan Duta Hungary ke Malaysia Dr Sándor Sipos yang mengadakan kunjungan hormat hari ini.

Beliau berkata perbincangan turut meliputi pelaksanaan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Hungary yang pertama, kerjasama penyelidikan antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Hungarian University of Agriculture and Life Sciences (MATE), selain usaha memperluas perdagangan serta pelaburan sektor agromakanan antara kedua-dua negara.

“Kerjasama teknikal antara MARDI dan MATE terus menunjukkan perkembangan positif, antaranya menerusi program pertukaran penyelidik Erasmus+, penyelidikan dalam bidang genetik, teknologi pembiakan dan pembangunan produk ternakan berkualiti tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata kerjasama berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang kepada petani, penternak, penyelidik dan usahawan agromakanan di kedua-dua negara menerusi perkongsian kepakaran, teknologi serta pengalaman.

Beliau berkata hubungan baik Malaysia dan Hungary dalam bidang pertanian akan terus diperkukuh bagi menyokong pembangunan sektor agromakanan negara serta memperkasakan keterjaminan makanan.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved