Malaysia, Hungary Perkukuh Kerjasama Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

7 Aug 2026 • 10:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Malaysia, Hungary Perkukuh Kerjasama Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Malaysia, Hungary Perkukuh Kerjasama Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Malaysia dan Hungary terus memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan menerusi pelbagai inisiatif strategik, termasuk penyertaan Hungary dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Hungary ke Malaysia, Dr. Sándor Sipos, semalam.

Menurut beliau, pertemuan itu turut menyentuh pelaksanaan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Hungary yang pertama, selain memperkukuh kerjasama penyelidikan antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Hungarian University of Agriculture and Life Sciences (MATE).

“Kerjasama teknikal antara MARDI dan MATE terus menunjukkan perkembangan positif, antaranya menerusi program pertukaran penyelidik Erasmus+, penyelidikan dalam bidang genetik, teknologi pembiakan dan pembangunan produk ternakan berkualiti tinggi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi.

Baca juga:

Mohamad berkata, perbincangan itu turut merangkumi usaha memperluaskan perdagangan serta pelaburan dalam sektor agromakanan antara kedua-dua negara.

Katanya, kerjasama yang terjalin dijangka membuka lebih banyak peluang kepada petani, penternak, penyelidik dan usahawan agromakanan di Malaysia serta Hungary melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan pengalaman.

“Hubungan baik Malaysia dan Hungary dalam bidang pertanian akan terus diperkukuh bagi menyokong pembangunan sektor agromakanan negara serta memperkasakan keterjaminan makanan,” ujarnya.

Beliau berkata, usaha berkenaan selari dengan komitmen kerajaan untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dalam memperkukuh sekuriti makanan negara serta meningkatkan daya saing sektor agromakanan di peringkat global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved