Malaysia-Macau mahu perluas kerjasama ekonomi, pelancongan halal

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2026 • 6:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia-Macau mahu perluas kerjasama ekonomi, pelancongan halal

PETALING JAYA – Malaysia dan Macau mahu memperkukuh hubungan dua hala khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR), Sam Hou Fai yang melakukan lawatan sulung ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2024.

Menurut beliau, pertemuan itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk memperluas kerjasama ekonomi secara lebih praktikal dan saling menguntungkan.

“Saya juga menyambut baik pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau semalam, dan berharap kesepakatan ini akan menjadi pemacu kepada kerjasama ekonomi yang lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak.

“Saya percaya kedudukan strategik Macau dan Hengqin yang terhubung dengan Greater Bay Area dapat dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, pada masa sama Malaysia berpotensi memperkukuh peranannya sebagai gerbang kepada syarikat Macau untuk meneroka pasaran ASEAN.

Katanya, kedua-dua pihak turut menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat dengan rakyat menerusi bidang pendidikan dan pelancongan.

“Ini termasuk potensi kerjasama dalam sektor pelancongan halal dan mesra Muslim bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Malaysia bersedia menterjemahkan hubungan yang semakin erat ini kepada kerjasama yang praktikal, bermakna dan saling menguntungkan selaras dengan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia-Macau mahu perluas kerjasama ekonomi, pelancongan halal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved