Malaysia sasar kekal hab halal global

LocalBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 3:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia sasar kekal hab halal global

PETALING JAYA – Malaysia terus memperkukuh ekosistem industri halal negara bagi memastikan sektor berkenaan kekal menjadi antara pemacu strategik pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pelaburan dan akses pasaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara tumpuan Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal yang diadakan hari ini.

“Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus industri halal, meningkatkan pelaburan serta memperluas akses pasaran.

“Turut diberi perhatian ialah usaha memperkasa pemudahcaraan pensijilan halal, khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan lebih banyak pemain industri tempatan berupaya menyertai dan berkembang dalam rantaian nilai halal global.

Pada masa sama, katanya, Malaysia terus memperkukuh peranan di peringkat antarabangsa menerusi platform Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026.

“Ini termasuk usaha mengangkat cadangan penubuhan ASEAN Halal Council serta memperluas kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal global,” katanya.

Beliau berkata, usaha berterusan itu diyakini dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal di peringkat antarabangsa.

“Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memperkukuh ekosistem industri halal negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai Hab Halal Global yang berdaya saing, berintegriti dan mampan,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

The post Malaysia sasar kekal hab halal global appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved