Malaysia takkan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – PM Anwar

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 3:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara besar sekiranya rakyat terus terperangkap atau terheret dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kekuatan negara terletak pada kesediaan rakyat menerima hakikat bahawa masyarakat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan serta kaum lain adalah sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air dan masa depan sama.

“Kepelbagaian bukan kelemahan kita. Ia khazanah dan kekuatan Malaysia.

Image from: Malaysia takkan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – PM Anwar

“Kita harus menyuburkannya sambil bersama-sama membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah, kukuh perpaduannya dan berani melangkah sebagai satu bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Image from: Malaysia takkan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – PM Anwar

Anwar berkata, perkara itu ditegaskannya ketika menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka, semalam.

Image from: Malaysia takkan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – PM Anwar

Menurutnya, semangat berkenaan mencerminkan ‘Wa’ad Malaysia’, iaitu janji dan ikrar untuk mempertahankan hak setiap rakyat, selain menghormati bahasa, budaya dan agama masing-masing.

Image from: Malaysia takkan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – PM Anwar

Katanya, prinsip itu juga penting bagi memastikan tiada rakyat berasa tersisih di bumi sendiri.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved