‘Malaysia tidak akan menjadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum’

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Malaysia tidak akan menjadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum’

PETALING JAYA – Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara besar sekiranya rakyat terus terperangkap dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan negara terletak pada kesediaan rakyat menerima hakikat bahawa semua kaum merupakan sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air dan masa depan sama.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka semalam.

Menurut Anwar, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam membina masa depan negara.

“Malaysia tidak akan menjadi negara yang besar sekiranya kita terus terperangkap atau terheret dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit,” katanya.

Anwar berkata, prinsip Wa’ad Malaysia menjadi ikrar untuk mempertahankan hak setiap rakyat selain menghormati bahasa, budaya dan agama masing-masing.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan tiada rakyat berasa tersisih di bumi sendiri.

“Keragaman bukan kelemahan kita. Ia khazanah dan kekuatan Malaysia. Kita harus menyuburkannya sambil bersama-sama membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah, kukuh perpaduannya dan berani melangkah sebagai satu bangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Malaysia tidak akan menjadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved