Pelantikan Ketua Pengarah AKPS baharu belum dibincang

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 4:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelantikan Ketua Pengarah AKPS baharu belum dibincang

SHAH ALAM, 2 NOV: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum membincangkan pelantikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) baharu susulan keputusan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu masih belum dibincangkan di peringkat kementerian.

“Belum, kita belum bincang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Mergong, hari ini, lapor Berita Harian.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Mengulas status perkhidmatan Mohd Shuhaily, Saifuddin menjelaskan perkara itu perlu diuruskan mengikut aturan perkhidmatan awam susulan pertuduhan yang dikenakan terhadap pegawai terbabit.

“Dari segi penjawat awam, apabila seseorang dikenakan pertuduhan, ada sistem dan aturan yang perlu diuruskan oleh bahagian perkhidmatan awam,” katanya.

Sebelum ini, KDN memutuskan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily yang berkhidmat secara pinjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS kepada PDRM.

Bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook rasmi AKPS pagi tadi, Mohd Shuhaily dilihat kembali menjalankan tugas selepas bercuti minggu lalu, termasuk mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil 3/2026.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 28 September lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved