Malaysia -Turkiye sasar dagangan AS$10 bilion setahun

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 10:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia -Turkiye sasar dagangan AS$10 bilion setahun

PETALING JAYA – Malaysia dan Turkiye menyasarkan untuk meningkatkan nilai perdagangan dua hala kepada AS$10 bilion (RM42.3 bilion) setahun, selaras usaha memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sasaran itu antara perkara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Turkiye ke Malaysia yang baharu, Dr. Nevzat Uyanık.

Menurut beliau, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha menangani ketidakseimbangan perdagangan secara konstruktif dan saling menguntungkan.

“Kerjasama dalam industri halal turut diberi perhatian, termasuk minat Türkiye untuk mempelajari pengalaman serta piawaian halal Malaysia.

“Selain itu, terdapat peluang untuk memperluas kerjasama dalam aspek keterjaminan tenaga,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Johari berkata, beberapa isu membabitkan urus niaga syarikat Turkiye dengan pihak di Malaysia turut dibangkitkan dalam pertemuan berkenaan.

“Saya telah meminta maklumat lengkap supaya perkara tersebut dapat diteliti dan disusuli dengan pihak berkaitan.

“Malaysia akan terus memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan industri dengan Turkiye demi manfaat bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia -Turkiye sasar dagangan AS$10 bilion setahun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved