#MalaysiaKita | Satu ayat, tiga bahasa, seorang anak Malaysia yang bangga.

Opinion
19 Aug 2026 • 7:00 AM MYT
C Chai
C Chai

Science graduate with a career in marketing. Enjoys making gifts.

Image from: #MalaysiaKita | Satu ayat, tiga bahasa, seorang anak Malaysia yang bangga.
Photo Credit: UTHM News

Sebagai seorang Anak Malaysia bermaksud saya boleh bertutur dalam 3 bahasa… dalam satu ayat.

Bukan saya sahaja, tapi hampir semua rakyat Malaysia memang sama - takkan pernah kami habiskan satu ayat dalam satu bahasa dengan sempurna. Bukan tak boleh, kita tak nak je!

Ada kala ia rasa macam saya seorang ada tiga otak yang sedang function dalam masa yang sama - “Boss, nak tapau satu nasi ayam!”

Hanya satu contoh ayat yang biasa digunakan setiap hari, dalam tiga bahasa yang berlainan, tanpa kita sedar. Mungkin kita punya default system kot.

Sebagai seorang anak Malaysia, saya sebenarnya amat bangga dengan budaya kami. Lepas Merdeka, dengan banyak (banyak banyak) usaha, kita berjaya hidup dengan aman bersama-sama.

Dalam 69 tahun selepas Merdeka, kami belajar bertolak ansur antara satu sama lain, tetapi bukan itu sahaja - kami begitu sayang negara kami, yang kami juga belajar budaya bangsa dan agama lain yang ada di Malaysia, walaupun mungkin tiada kaitan laungsung dengan kami.

Kami ambil masa untuk faham kenapa kaum Melayu menyambut Hari Raya, kenapa kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina dan kaum India menyambut Deepavali. Dengan persefahaman yang ada, kami berusaha mengintegrasikan semua kaum yang ada did Malaysia dan hidup tanpa budaya apartheid yang terkenal dalam negara-negara Barat.

Dalam 26 tahun yang saya hidup, tak pernah saya malu dengan tabiat saya untuk campur-campur bahasa dalam satu ayat. Ada kala akan terdapat jelingan bila saya melancong ke luar negara, tetapi ke mana pun saya pergi, tabiat ini takkan pernah hilang daripada mindaku, dan juga hatiku.

Sebagai seorang anak Malaysia, memang budaya (atau tabiat yang diturunkan oleh banyak generasi?) inilah yang selalu buat saya bangga menjadi seorang warganegara Malaysia. Tiada negara lain dalam dunia yang mampu menggabungkan tiga bahasa dalam satu ayat seperti kita, dan ini adalah kebolehan yang hanya sebuah negara yang berusaha mengintegrasikan banyak budaya bersama yang ada.

Malaysia, selalunya tanah tumpah darahku.


Image from: #MalaysiaKita | Satu ayat, tiga bahasa, seorang anak Malaysia yang bangga.

Kongsi kisah Anak Malaysia anda & menangi hadiah wang tunai sehingga RM2,880! Ketahui cara penyertaan di siniT&S terpakai. 


C Chai (crystal.chaijeecheng@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved