“Malu gamaknya nak lepas merata” – [VIDEO] Gajah Jinak Ambil Masa Nak Naik Lori, Rupa-rupanya…

30 Jan 2026 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Comel, itu antara reaksi netizen yang terhibur apabila melihat video seekor gajah jinak yang kini sedang tular di media sosial. Dalam masa 11 jam dimuat naik, video ini telah meraih sebanyak 422.8K tontonan di TikTok.

Menerusi video itu, dilihat gajah yang dinamakan sebagai Pian sedang mengambil masa untuk naik ke atas lori, tidak seperti sebelum ini.

Pian juga dillihat seperti tak selesa ketika naik ke atas lori, siap beberapa kali mengubah caranya untuk naik dengan mengundur dan kemudian naik menerusi cara hadapan.

Namun rupa-rupanya, sebab Pian mengalami ketidakselesaan itu terbongkar apabila haiwan ini dilihat ‘membuang beberapa das’ sebelum dengan mudahnya naik ke atas lori.

Kedengaran orang ramai yang berada di sekeliling bersorak gembira dengan telatah gajah tersebut.

@bercakapdengangajah

sebelum naik lori kalini pian amik masa lama..rupa rupanya sebab perut pian tak selesa..Bermula pian naik mengundur..eh ingatkan style baru..Setelah pian melabur beberapa das..lepas tu barulah pian naik atas lori cara biasa…sihat selalu ye pian.. #putrajayaopenday2026

♬ original sound – Gemoy Lucu – Gemoy Lucu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen faham dengan situasi Pian dan masing-masing terhibur apabila melihatnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam video tersebut difahamkan Pian kini berada di Putrajaya sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026 yang bermula pada 29 Januari hingga 1 Februari nanti.

Difahamkan acara tersebut mempamerkan beberapa acara termasuklah pameran daripada Jabatan Perhilitan.

Sumber: TikTok, PPJ

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.