Malucelli kembali kuasai LTdL

29 Sep 2026 • 5:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malucelli kembali kuasai LTdL

KUALA KANGSAR: Matteo Malucelli kembali mengganas di laluan rata apabila pelumba XDS Astana Team itu mencatat kemenangan kedua dalam Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) selepas menguasai Peringkat 3, hari ini.

Pelumba Itali itu menampilkan kepantasan luar biasa dalam pecutan kelompok untuk menamatkan perlumbaan sejauh 189.7 kilometer (km) dari Sungai Petani ke Kuala Kangsar dengan catatan 4 jam 31 minit 59 saat.

Malucelli mengetepikan Riley Pickrell daripada Modern Adventure Pro Cycling dan Sepp Van den Boer (Tudor Pro Cycling Team) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa sama.

Kemenangan itu membolehkan Malucelli mengutip 25 mata, termasuk 10 mata bonus dan 15 mata klasifikasi peringkat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu jersi biru Raja Pecut dengan 32 mata.

Pickrell kini mengumpul 24 mata, manakala Van den Boer berada di tempat ketiga dengan 14 mata.

Image from: Malucelli kembali kuasai LTdL
Yusri Shaari dari skuad kebangsaan ketika menerima gelaran Pelumba Paling Agresif selepas menamatkan perlumbaan Peringkat 3 laluan Sungai Petani-Kuala Kangsar, di sini, hari ini. 

Berikut adalah keputusan bagi peringkat 3 LTdL26:

Sungai Petani-Kuala Kangsar: 189.7km

10 Pelumba Terbaik:

1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team
2. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling
3. Seppe Van Den Boer (BEL) Tudor Pro Cycling Team
4. Ronan Auge (FRA) Unibet Rose Rockets
5. Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil (MAS) Malaysia Pro Cycling
6. Nicola Marcerou (FRA) TotalEnergies
7. Fernando Gaviria Rendon (COL) Caja Rural-Seguros RGA
8. Rodrigo Alvarez Rodriguez (SPA) Burgos-Burpellet-BH
9. Iker Villar Galdeano (SPA) Caja Rural-Seguros RGA
10. Daniel Cavia Sanz (SPA) Burgos-Burpellet-BH

(Nota: Komisar perlumbaan memberikan masa sama, iaitu empat jam 31 minit dan 59 saat kepada 107 daripada 114 pelumba setelah melintasi garisan penamat secara berkelompok)

Jersi Jingga (Pendahulu Keseluruhan):

1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team – 12:16:03s
2. Abel Balderstone Roumens (SPA) Caja Rural-Seguros RGA – 12:16:23s
3. Jan Castellon Ribalt (SPA) Caja Rural-Seguros RGA – 12:16:41s

Jersi Biru (Raja Pecut):

1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team – 32 mata
2. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling – 24 mata
3. Ronan Auge (FRA) Unibet Rose Rockets – 14 mata

Jersi Polka Dot (Raja Bukit):

1. Lennart Jasch (GER) Tudor Pro Cycling Team – 15 mata
2. Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff (MAS) Terengganu Cycling Team – 14 mata
3. Abel Balderstone Roumens (SPA) Caja Rural-Seguros RGA – 12 mata

Jersi Putih (Pelumba Asia Terbaik):

1. Yuhi Todome (JPN) Aisan Racing Team – 12:21:03s
2. Kee Zhe Yie (MAS) Terengganu Cycling Team – 12:21:18s
3. Tsen Ren Bao (MAS) St George Continental Cycling Team – 12:21:42s

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1. Unibet Rose Rockets – 36:55:08s
2. Bardiani CSF 7 Saber – 36:57:08s
3. Tudor Pro Cycling Team – 36:58:17s

Pasukan Terbaik Asia:

1. Wheeltop Rotor Chengdu Team – 37:13:23s
2. Nusantara Cycling Team – 37:16:36s
3. Malaysia Pro Cycling – 37:17:42s

Pelumba Terbaik Malaysia Peringkat 3

1. Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil (MAS) Malaysia Pro Cycling: 4:31:59s

 

The post Malucelli kembali kuasai LTdL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved