
JOHOR BAHRU: Pemandu van yang maut dalam kemalangan di Kilometer 55.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pada pukul 12.13 tengah malam dalam perjalanan menuju ke Serom, Tangkak dari Johor Bahru.
Bapa saudara mangsa, Mohammad B. Abas, 69, berkata, mereka menuju ke Serom bagi menguruskan urusan bantuan kebajikan adik iparnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down.
“Biasanya perkara itu diuruskan oleh ibu mertuanya, tetapi ibu mertuanya baharu meninggalkan dunia beberapa bulan lalu, jadi mereka sekeluarga menuju ke Tangkak untuk menguruskan perkara itu.
“Tidak sangka berlaku kemalangan, mungkin waktu malam dan persekitaran gelap,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Bakar Batu, di sini hari ini.
Tambah pesara itu, adik ipar mangsa iaitu lelaki OKU berusia 30-an itu beserta dua anak mangsa masih dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Misfitiriah Basar, 42, selamat dikebumikan pada pukul 5.45 petang selepas jenazahnya disolatkan di Surau Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, di sini selepas solat Asar.
Majlis pengebumian mangsa dihadiri kira-kira 50 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.-UTUSAN.
The post Mangsa dalam perjalanan ke Tangkak bantu urusan adik ipar OKU – Bapa saudara appeared first on Utusan Malaysia.






