Mangsa dan tertuduh kedua-duanya orang baik, pandai – rakan

4 Oct 2026 • 5:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mangsa dan tertuduh kedua-duanya orang baik, pandai – rakan

BATU PAHAT: Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, yang ditemukan maut di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini semalam merupakan pelajar cemerlang dan calon Presiden Student Leaders Board (SLB) sekolah berkenaan, tahun depan.

Seorang pelajar sekolah berkenaan yang enggan dikenali berkata, kedua-dua mangsa dan tertuduh merupakan rakan sekelas dan mengenali satu sama lain.

“Mereka rakan, tetapi tidaklah terlalu rapat. Irene Sofiya merupakan pengawas dan juga SLB, difahamkan dia juga merupakan antara calon untuk memegang jawatan Presiden SLB sekolah pada tahun depan.

“Manakala tertuduh lelaki juga merupakan seorang SLB, jadi saya tidak tahu sama ada insiden ini berkaitan dengan perebutan jawatan atau tidak,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediaman mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, di sini hari ini.

Tambah pelajar itu, kedua-dua mereka merupakan pelajar cemerlang dan individu yang berkeperibadian baik sepanjang berada di sekolah.

“Ketika kejadian ada beberapa kelas sedang mengadakan kelas tambahan, termasuklah pelajar tingkatan lima dan tingkatan empat. Tetapi lokasi kejadian berlaku di dalam dewan.

“Bangunan dewan itu tertutup, sekiranya ada orang menjerit mungkin tidak didengar di kawasan luar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa pula memberitahu, mangsa merupakan pelajar yang sering mendapat keputusan cemerlang sepanjang bersekolah.

“Dia memang orang yang baik dan pandai, tidak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku,” katanya yang turut menziarahi keluarga mangsa di kediaman berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan maut di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini petang semalam dipercayai dibunuh.

Manakala Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad memaklumkan pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

The post Mangsa dan tertuduh kedua-duanya orang baik, pandai – rakan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved