Mangsa tanah runtuh maut kerana dihempap objek tumpul, sesak nafas – polis

26 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

GEORGE TOWN : Polis mengesahkan bahawa punca kematian lelaki warga emas yang terperangkap kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong semalam adalah disebabkan masalah kecederaan selepas dihempap oleh objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pada masa yang sama, lelaki terbabit, Wong Kar Lin, 73, yang juga seorang doktor disahkan maut akibat sesak nafas selepas tertimbus oleh tanah.

Katanya, kedua-dua faktor itu dikenal pasti sebagai penyebab kematian mangsa selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP), awal pagi tadi.

“Pada masa ini, polis akan memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan khususnya di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.

“Selain itu, pemantauan juga dilakukan ke atas enam buah rumah yang ditinggalkan oleh penghuninya (susulan kejadian tanah runtuh) agar kediaman itu tidak dicerobohi buat masa ini,” katanya selepas meluangkan masa meninjau lokasi kejadian, hari ini.

Tambah Abdul Rozak, ketika ini juga, kawasan berkenaan terpaksa ditutup kepada orang awam atas faktor keselamatan berikutan risiko tanah runtuh susulan kemungkinan hujan akan terus turun dalam tempoh terdekat.

“Polis akan menempatkan anggotanya di lokasi ini bagi tujuan kawalan. Bagaimanapun, tempoh kawalan itu masih belum ditentukan buat masa ini kerana ia bergantung kepada hasil mesyuarat antara pihak teknikal dengan pihak berkuasa tempatan,” ujar beliau.-UTUSAN

The post Mangsa tanah runtuh maut kerana dihempap objek tumpul, sesak nafas – polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved