Marilah kita sama-sama memohon maaf, bersahahat semula – PM Anwar

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 2:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya mengenepikan segala perbezaan pandangan yang timbul sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kembali bersatu demi memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Image from: Marilah kita sama-sama memohon maaf, bersahahat semula – PM Anwar

Menerusi hantaran video di Facebook, Perdana Menteri berkata, tempoh berkempen sememangnya menyaksikan pelbagai pandangan dan pendapat dilontarkan oleh semua pihak yang bertanding. Beliau mengakui, dalam suasana persaingan politik, kemungkinan berlaku keterlanjuran dalam percakapan atau tindakan.

“PRN Negeri Sembilan bermula dan kita sudah melalui tempoh kempen dengan pelbagai pandangan dikemukakan.
“Saya percaya dalam proses itu ada keterlanjuran, jadi marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat kerana kita semua adalah rakyat Malaysia,” kata Anwar, hari ini.

Pada masa sama, Anwar juga mengajak seluruh rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk keluar mengundi serta menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pengundian esok.

Image from: Marilah kita sama-sama memohon maaf, bersahahat semula – PM Anwar

Beliau berkata, sekiranya PH sekali lagi diberikan mandat mentadbir negeri itu, gabungan berkenaan akan meneruskan usaha memperkukuh kestabilan pentadbiran, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati seluruh rakyat dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan MADANI.

“Saya mewakili PH memohon pertimbangan rakyat supaya diberikan peluang untuk kami meneruskan khidmat, menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan MADANI,” katanya.

Artikel lain: Zahid balas pantun PM Anwar, seloroh hubungan masih baik -“Cuma belum cium…”

Difahamkan, seramai 859,750 daripada keseluruhan 889,940 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian PRN Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung esok.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved