
TAWAU: Sembilan pemancing warga Indonesia diusir Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau selepas dikesan menceroboh perairan negara ini sekitar jam 1 petang pada Ahad lepas.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mereka menaiki tiga bot yang dikesan pada kedudukan antara 2.5 hingga 5.6 batu nautika utara Burst Point oleh bot peronda Maritim semasa melaksanakan Op Pluto Timur.
Advertisement"Hasil pemeriksaan mendapati sembilan individu lelaki berusia di antara 28 hingga 52 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran," katanya.
Menurutnya, mereka diserahkan kepada Konsulat Republik Indonesia Tawau bagi proses pengusiran berdasarkan Memorandum Persefahaman antara Malaysia - Indonesia berkaitan garis panduan perlakuan terhadap nelayan oleh agensi penguatkuasaan maritim kedua-dua negara yang ditandatangani pada 27 Januari 2012.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Selepas proses dokumentasi selesai, ketiga-tiga bot berkenaan diiring ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia untuk dihantar pulang ke negara asal," katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
