Masalah bas dah selesai tetapi kena beratur lama masuk F1

3 Oct 2026 • 2:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Masalah bas dah selesai tetapi kena beratur lama masuk F1

PETALING JAYA – Selepas kecoh isu bas pengantara semalam, perjalanan penyokong menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini dilaporkan lebih lancar, namun mereka kini berdepan barisan yang panjang untuk memasuki kawasan litar.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai @Samrita, mempersoalkan layanan terhadap pemegang tiket berbeza harga selepas mendakwa terpaksa beratur sehingga empat jam bagi melepasi pemeriksaan keselamatan.

Dia mencadangkan supaya sekurang-kurangnya dua lorong keutamaan disediakan untuk pemegang tiket Grandstand, selain meminta pengurusan memperbaiki kawalan orang ramai pada hari perlumbaan.

“RM200 ‘vs’ RM2,000 untuk tiket Main Grandstand. Layanan kita semua sama? Dah empat jam? P3 dah nak bermula dan kami masih di sini.

“Sekurang-kurangnya sediakan dua lorong khas untuk pemegang tiket Grandstand di pemeriksaan keselamatan.

“Saya dah berjalan sampai ke kawasan pokok palma yang mati itu pun masih tak nampak penghujung barisan. Tolong perbaiki pengurusan untuk Race Day esok, sekurang-kurangnya. Belajarlah mengawal orang ramai,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna @Ticklingpao turut berkongsi beberapa gambar memaparkan orang ramai berbaris panjang di bawah terik matahari bagi memasuki tempat duduk.

“Beratur hampir dua kilometer untuk masuk ke Main Grand Stand. Tengok dari sini sajalah ya,” katanya.

Selain itu, bagi seorang pengguna dikenali sebagai Syafiqah, pembelian tiket di tempat duduk utama seolah-olah tidak berbaloi selepas dia menghabiskan masa kira-kira tiga jam untuk ke tempat penonton itu.

“Berhabis RM2,200 untuk Main Grand Stand, hanya untuk beratur panjang, mendaki turun naik selama tiga jam. Saya sangat letih, baik beli Hillstand saja, puas hati walaupun kena menapak,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kegembiraan penyokong menyaksikan aksi F1 GP Air Gulf Bahrain di SIC bertukar mimpi ngeri apabila mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas pengantara selepas tamat hari pertama semalam.

Malah, ada penyokong dilaporkan sanggup berjalan kaki sehingga hampir 18 kilometer kerana tidak lagi sanggup menunggu dalam kesesakan untuk keluar dari kawasan litar.- KOSMO! ONLINE

The post Masalah bas dah selesai tetapi kena beratur lama masuk F1 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved