[VIDEO] ‘KLIA ke F1 Sepang sesak teruk, kasihan orang kejar nak naik flight’

3 Oct 2026 • 2:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘KLIA ke F1 Sepang sesak teruk, kasihan orang kejar nak naik flight’

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dilaporkan sesak teruk ketika ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @Izadiskandar berkata, kesesakan tersebut ekoran pertambahan kenderaan menuju ke SIC dan KLIA.

“Sesak teruk ke F1 circuit (litar F1) , Mitsui dan ke KLIA. Kasihannya orang nak kejar flight (penerbangan),”tulisnya.

Berdasarkan klip video yang dikongsi pengguna tersebut, kesesakan itu bermula dari Plaza Tol KLIA menghala ke SIC dan KLIA.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi situasi sama.

“Saya dari pagi hadap panggilan orang mengadu pasal jalan kesesakan, siap kena maki lagi bang,” tulis @Hadiaiman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Mamanyasilola.

“Siapa nak pegi airport (lapangan terbang) cari la alternatif. Lepas Tol KLIA terus stuck (sesak),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘KLIA ke F1 Sepang sesak teruk, kasihan orang kejar nak naik flight’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved