Masters Jepun: Pang Ron-Pei Jing mara! Letshanaa, Soon Huat-Shevon Lai tewas melawan

11 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Masters Jepun: Pang Ron-Pei Jing mara! Letshanaa, Soon Huat-Shevon Lai tewas melawan

Saingan hari kedua pusingan 32, Kejohanan Badminton Masters Jepun di Gimnasium Wilayah Kumamoto menyaksikan langkah empat wakil negara terhenti setakat ini.

Hanya beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas meewaskan wakil Kanada, Bing Tsan Lai-Crystal Lai, menerusi aksi straight set, 21-14,21-14 dalam tempoh 30 minit.

Sementara itu, perjalanan dua lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, terpaksa akur tersingkir awal dalam kejohanan berstatus Super 500 itu.

Perseorang wanita negara, K.Letshanaa, dan Wong Ling Ching, juga berkongsi nasib sama meskipun memberikan saingan sengit.

Letshanaa tewas dalam aksi rubber set kepada wakil tuan rumah, Natsuki Nidaira, 18-21,21-18,12-21.

Manakala, Ling Ching tewas kepada pilihan keenam kejohanan dari Thailand, Pornpawee Chochuwong, 21-17,4-21, 13-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved