Masyarakat India tidak akan dipinggir dalam agenda pembangunan negara - PM

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Masyarakat India tidak akan dipinggir dalam agenda pembangunan negara - PM
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara dengan Kerajaan Madani akan terus memperluas pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan taraf hidup komuniti itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, usaha itu termasuk memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), memperkasakan latihan keusahawanan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain membuka lebih banyak ruang pembangunan belia menerusi program mentor-mentee.

Perdana Menteri hari ini meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan Madani, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti itu.

"Pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup,” kata beliau dalam hantaran Facebook malam ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, segala kelompongan yang masih wujud termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan mesti ditangani dengan segera dan berkesan.

Beliau turut menggesa kementerian dan agensi berkaitan memperkukuh sinergi serta memperkemas penyampaian bagi memastikan setiap peruntukan dan dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran dan membawa perubahan nyata dalam kehidupan rakyat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved