Mat rempit lari tinggal motor, tak sempat ‘beraksi’ di Putrajaya

7 Sep 2026 • 12:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mat rempit lari tinggal motor, tak sempat ‘beraksi’ di Putrajaya

PUTRAJAYA- Belum sempat ‘beraksi’, namun sekumpulan samseng jalanan bertindak meninggalkan motosikal di bawah jejambat berhampiran Lebuh Wawasan di sini selepas menyedari kehadiran polis yang melaksanakanan sekatan jalan raya pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, aktiviti penguatkuasaan itu dijalankan menerusi Ops Bersepadu Samseng Jalanan sekitar Lebuh Sentosa selepas menerima aduan awam termasuk gangguan bunyi bising.

“Semasa penutupan jalan dilaksanakan, sebanyak lima buah motosikal ditemukan ditinggalkan penunggang di bawah jejambat Lebuh Wawasan sebelum kesemuanya dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

“Hasil operasi sebanyak 14 buah kenderaan yang terdiri daripada 13 buah motosikal dan sebuah kereta telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Katanya, sebanyak 35 saman turut dikeluarkan selain tiada tangkapan dibuat sepanjang operasi itu.

“Selain aspek penguatkuasaan, operasi turut disusuli dengan pengisian kerohanian melalui solat subuh secara berjemaah serta sesi advokasi berkaitan bahaya lumba haram dan samseng jalanan.

“Pendekatan ini dilaksanakan sebagai usaha memberi kesedaran kepada anggota serta masyarakat, khususnya golongan muda agar tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyeri masyarakat untuk meneruskan salurkan maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti mengganggu
keselamatan dan ketenteraman awam.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan ketenangan penduduk Putrajaya mula terganggu selepas dicemari dengan pelbagai isu sosial termasuk aktiviti mat rempit selain isu kecurian dan lambakan warga asing. – KOSMO! ONLINE

The post Mat rempit lari tinggal motor, tak sempat ‘beraksi’ di Putrajaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved