Keadilan mesti ditegakkan! Tahanan rumah bukan untuk VVIP sahaja, Mat Sabu sanggup serah 100% gaji menteri

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 12:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan kesediaan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri bagi membantu usaha memperjuangkan pelaksanaan sistem tahanan rumah yang adil kepada semua banduan.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, beliau mencadangkan supaya satu mekanisme perundangan diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan selebihnya melalui tahanan rumah.

Menurutnya, pelaksanaan mekanisme tersebut perlu berlandaskan peraturan yang telus dan saksama tanpa mengira kedudukan, pengaruh politik mahupun hubungan kekeluargaan seseorang.

“Undang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat,” katanya.

Image from: Keadilan mesti ditegakkan! Tahanan rumah bukan untuk VVIP sahaja, Mat Sabu sanggup serah 100% gaji menteri

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menjelaskan pendiriannya bukan berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau keluarganya.

Sebaliknya, beliau berkata cadangan itu dibuat atas prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang perlu dipertahankan demi kepentingan semua rakyat.

Sehubungan itu, Mohamad menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang-undang dan masyarakat sivil supaya bersama-sama memperjuangkan mekanisme berkenaan.

Image from: Keadilan mesti ditegakkan! Tahanan rumah bukan untuk VVIP sahaja, Mat Sabu sanggup serah 100% gaji menteri

Malah, beliau bersedia menyalurkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO yang terlibat.

“Keadilan mesti ditegakkan tanpa diskriminasi, tanpa keistimewaan terpilih dan tanpa layanan dua darjat,” katanya.

Terdahulu, isu tahanan rumah kembali menjadi perhatian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved