Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang mat rempit maut dalam sebuah kemalangan yang berlaku berhampiran Seagate, Pulau Pinang.
Kejadian yang berlaku jam 4.30 pagi itu melibatkan sebuah motosikal RXZ bersama sebuah kereta.
Padah melanggar lampu isyarat – seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di simpang lampu isyarat di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate hari ini. Kejadian 4.30 pagi itu mengakibatkan Muhammad Akid Mat Rozi, 18, maut di lokasi kejadian. Video: Sosial Media #MalaysiaGazette #MGNews #langgarlampuisyarat #aksisuperman #highwaytundrlimchongeu #seagate
Hukum mati ketika rempit
Susulan video kemalangan tersebut, muncul pula video Ustaz Azhar Idrus menerangkan mengenai hukum meninggal dunia ketika merempit. Menurut pendakwah itu, hukum mati ketika merempit adalah haram.
Mati merempit haram dan ada sesetengah ulama menfatwakan membunuh diri. Contohnya dia berlumba dengan keadaan ada lori di depan. Maka haram kerana bukan dia nak kejar masa untuk sampai cepat di destinasi tapi berlumba bersuka-suka yang merosakkan nyawanya sendiri.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menasihatkan anak-anak muda pada masa kini untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan rempit ini.

Semoga apa yang terjadi boleh dijadikan iktibar buat semua.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


