Mayat remaja tepi semak: Polis siasat kes bunuh, 14 direman termasuk dua remaja bawah umur

9 Oct 2026 • 1:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat remaja tepi semak: Polis siasat kes bunuh, 14 direman termasuk dua remaja bawah umur
Lokasi mayat remaja ditemui di tepi semak dekat Jalan Harvard-Gurun pada Khamis.

SUNGAI PETANI - Seramai 14 individu disyaki mempunyai kaitan kes bunuh seorang remaja yang ditemui terbaring tepi semak dekat Jalan Harvard - Gurun di sini pada Khamis, direman bagi membantu siasatan.

Perintah reman dibenarkan Majistret Noor Fazlina Musa ke atas kesemua suspek berusia 16 hingga 24 tahun di Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini pada Jumaat.

Difahamkan, seramai 12 orang direman selama enam hari manakala dua lagi individu dipercayai bawah umur dibenarkan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, mayat Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam,18, ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan muka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian sukan warna hitam dan kuning sekitar jam 8 pagi Khamis di lokasi kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved