
Mayat Tiga Beranak Ditemui Dalam Keadaan Tragis
Kedah - Polis menemui mayat tiga beranak dalam keadaan tragis di sebuah rumah di Kampung Belau, Sungai Petani awal pagi tadi.
Memetik laporan Astro Awani, mayat suami berusia 65 tahun dan isteri, 53 tahun ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan kepala yang terpisah dari badan.
Mayat yang ditemui di bahagian dapur kediaman tersebut dibalut dengan menggunakan karpet.
Sementara itu, mayat anak lelaki yang berusia 29 tahun ditemui dengan kesan kelas pada leher di sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat tersebut.
Menurut pihak polis, pasangan suami isteri itu dipercayai sudah tidak bernyawa lebih 48 jam melihat kepada keadaan mayat yang sudah membengkak dan berbau.
Ketiga-tiga mayat berkenaan ditemui selepas operasi pencarian dijalankan pihak polis bersama penduduk kampung selepas suami isteri itu gagal dihubungi sejak Isnin lalu.
Baca juga:
Rupanya Ini Sebab Dah Pecut Tapi "ETA" Tak Banyak Berubah
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak
Berita lanjut menyusul.

