Mayat wanita dalam beg: Mangsa disahkan warga asing - Polis

18 Aug 2026 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat wanita dalam beg: Mangsa disahkan warga asing - Polis
Polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an dan merupakan warga asing.

IPOH - Mayat wanita yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar, Jumaat lepas dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya sudah menghantar cap jari untuk pengesahan identiti namun masih belum memperoleh maklumat sebenar mangsa.

"Bukan warga tempatan, sebaliknya warga asing. Identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Pada Sabtu lepas, polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.12 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di sungai berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved