Suspek simbah petrol, bakar wanita warga emas di kepong ditahan

18 Aug 2026 • 10:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Suspek simbah petrol, bakar wanita warga emas di kepong ditahan

Polis menahan suspek kes wanita warga emas disimbah petrol dan dibakar di Taman Pusat Kepong, yang menyebabkan mangsa melecur 50 peratus

KUALA LUMPUR: Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah petrol dan membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong pada 9 Ogos lepas ditahan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Ya, suspek sudah ditahan dan sidang media akan diadakan esok,” katanya. 

Pada 9 Ogos lepas, seorang wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di premis berkenaan. 

Jasni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 8 pagi yang memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan, diserang seorang lelaki yang tidak dikenali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved