Mayat Warga Emas Terbabas Kes Sungai Ditemukan

4 Oct 2026 • 12:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mayat Warga Emas Terbabas Kes Sungai Ditemukan

Mayat Warga Emas Terbabas Kes Sungai Ditemukan

SUNGAI PETANI, 4 Okt (Bernama) -- Mayat lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, dekat sini ditemukan pada 9.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mayat Mat Yusof Hashim, 77, ditemukan pada radius antara 50 hingga 100 meter dari tempat penemuan kenderaannya di dalam sungai.

"Mayat mangsa semasa dijumpai didapati dalam keadaan lengkap berpakaian. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Baca juga:

Sebelum ini, media melaporkan kenderaan dipandu mangsa ditemukan di dalam sungai, namun tiada mayat sebaik kenderaan terbabit dinaikkan ke darat.

Dalam pada itu, Hanyan turut mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam, iaitu pemilik video kejadian itu yang terus menghubungi polis sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved