Maybulk adakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 20 Julai 2026 cadang jual tanah RM278 juta di Klang

3 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maybulk adakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 20 Julai 2026 cadang jual tanah RM278 juta di Klang Image from: Maybulk adakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 20 Julai 2026 cadang jual tanah RM278 juta di Klang amree03/07/2026 - 15:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 JulaiMaybulk Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 20 Julai 2026 bagi menjual tanah pegangan bebas di Kapar, Klang, Selangor bernilai RM278.05 juta.

 

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pemegang saham perlu meluluskan usul pelupusan aset tersebut ketika mesyuarat yang diadakan di Crystal Plaza, Petaling Jaya, Selangor.

 

Cadangan pelupusan tersebut jelasnya melibatkan MBC Logistic Hub Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 60% milik kumpulan berkenaan, yang akan menjual tanah itu kepada pembeli, WG Malaysia VIII Sdn Bhd.

 

"Aset ini terdiri daripada dua bidang tanah di bawah pegangan Geran 455286, Lot 119907 dan Geran 455287, Lot 119908, yang sebelum ini dikenali sebagai HS(D) 166441, PT 85116," tambah Maybulk.

 

Tambahnya, kedua-dua lot itu berkeluasan keseluruhan 23.4863 hektar, dengan transaksi dilaksanakan pada harga tunai berdasarkan terma dan syarat dipersetujui dalam perjanjian jual beli bersyarat.

Maybulk_DagangNews2026

 

Kata kumpulan berkenaan, urus niaga itu akan dimuktamadkan selepas perjanjian jual beli bersyarat antara MBC Logistic Hub dan WG Malaysia VIII sudah pun dimeterai secara rasmi pada 19 Mac 2026.

 

Cadangan ini ujar Maybulk, namun tertakluk kelulusan, pengecualian atau persetujuan diperlukan daripada pihak berkuasa dan pihak berkaitan, selain syarat-syarat terdahulu dalam perjanjian itu.

 

"Dalam notis EGM itu, pemegang saham perlu memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah mengambil segala langkah, melaksanakan dokumen dan membuat apa-apa pindaan bagi menyempurnakan transaksi," katanya.

 

Sehubungan itu tambahnya, tarikh kelayakan akhir bagi menentukan pemegang saham yang berhak menghadiri, bercakap dan seterusnya mengundi pada EGM tersebut ditetapkan pada 13 Julai 2026.

 

Maybulk berkata, kelulusan resolusi itu penting bagi membolehkan MBC Logistic Hub meneruskan cadangan pelupusan tanah kepada WG Malaysia VIII mengikut terma yang sudah dipersetujui. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved