MB N9 Sokong Usaha MBS – “Jika Terlalu Banyak Anjing Liar Boleh Ancam Keselamatan Rakyat, Wajar Ambil Tindakan”

14 Aug 2026 • 4:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

MB N9 Sokong Usaha MBS – “Jika Terlalu Banyak Anjing Liar Boleh Ancam Keselamatan Rakyat, Wajar Ambil Tindakan”

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan negeri menyambut baik usaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk mengadakan Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar di daerah Seremban.

‘Anjing Liar Yang Banyak Boleh Bahayakan Orang Ramai, Wajar Ambil Tindakan’ – MB Negeri Sembilan

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, masyarakat seharusnya memandang inisiatif berkenaan sebagai satu usaha positif. Beliau menyifatkan program itu satu usaha yang wajar dilaksanakan bagi menjamin keselamatan penduduk setempat.

“Usaha MBS melaksanakan program anjing terbiar itu dibuat berdasarkan keperluan. Jika terlalu banyak (anjing liar) dan boleh membahayakan orang ramai termasuk mengancam keselamatan serta boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, ia sewajarnya diambil tindakan.

“Fokus kita sekarang demi kepentingan dan keselamatan rakyat, bukannya mana-mana kumpulan tertentu.

“Kita hendak lihat rakyat Negeri Sembilan hidup sejahtera dan makmur. Kalau banyak ancaman dan sebagainya, ia menggugat kemakmuran, jadi kita wajar ambil tindakan sepatutnya mengikut peraturan dan undang-undang,” katanya hari ini (14 Ogos), lapor Berita Harian.

Matlamat Kerajaan Negeri Adalah Pastikan Rakyat Hidup Selesa & Selamat – Ismail Lasim

Tambah Ismail, kerajaan negeri kini fokus untuk memastikan setiap penduduk di daerah berkenaan dapat hidup dengan selamat dan selesa tanpa ancaman.

MBS Didesak Supaya Hentikan Program Serah Anjing Di Seremban

Semalam (13 Ogos), Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin menjelaskan inisiatif tersebut bertujuan membantu mengawal populasi anjing terbiar selain meningkatkan aspek kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbiran mereka.

Bagaimanapun, poster program terbabit yang tular di media sosial telah mendapat perhatian ramai dan mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

Malah kumpulan hak asasi haiwan, Lawyers for Animal Rights turut mendesak agar MBS menghentikan serta-merta program penyerahan sukarela anjing terbiar itu.

Baca Artikel Berkaitan: Kumpulan Hak Asasi Haiwan Desak Majlis Bandaraya Seremban Henti Program Tangkap Anjing Terbiar

‘Beri Solusi, Jangan Sekadar Pertikai Seperti Peribahasa Anjing Menyalak Bukit’- Masri Baharuddin

Dalam pada itu, Masri meminta agar mana-mana pihak yang membantah program berkenaan agar tampil mengemukakan langkah lain yang lebih berkesan dan bukan sekadar mempersoalkan usaha MBS.

Jelasnya, pihak MBS menerima sebarang bentuk solusi atau cadangan yang berasas.

“Saya terbuka untuk terima apa saja pandangan dalam kita bersama-sama mencari solusi terbaik, tetapi jangan sekadar mempertikaikan usaha yang kita lakukan seperti peribahasa ‘anjing menyalak bukit’.

“Nak mempersoalkan itu memang mudah, tapi nak menyelesaikan itu bukan mudah kerana matlamat utama saya adalah memastikan kawasan di bawah MBS ini bebas daripada isu anjing terbiar ini,” katanya, dipetik Sinar Harian.

‘Anjing Terbiar Yang Ditangkap Tak Akan Dilupuskan, Penempatannya Diuruskan NGO’ – Masri

Hal ini kerana jelasnya, pihak MBS selalu dipersalahkan sekiranya berlaku kes serangan atau kemalangan disebabkan haiwan tersebut.

“Seperti mana yang saya nyatakan semalam, kita bukannya tangkap dan lupuskan. Tetapi kesemua haiwan tersebut akan diuruskan oleh NGO untuk ditempatkan di lokasi yang sesuai.

“Tapi kalau sesiapa ada cara lain yang lebih baik dalam menyelesaikan isu anjing terbiar ini, tolong beritahu kita, jangan sekadar membantah saja,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kematian Anjing Rocky: “Saya Tidak Hadir Malam Itu Dengan Niat Untuk Mencederakan, Jauh Sekali Untuk Membunuh” – Shah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kematian Anjing Rocky: Cerminan Sistem Yang Tidak Berperikemanusiaan – Lee Lam Thye

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved