MB Negeri Sembilam Dakwa Kena Paksa Tandatangan Proklamasi

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 2:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu membabitkan dokumen Surat Cara Proklamasi yang tular sejak malam 8 September 2026 kini mendapat penjelasan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Haji Ismail Lasim.

Dalam kenyataan media bertarikh 9 September, beliau mendakwa dokumen berkenaan ditandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan atau duress. Malah, laporan polis turut dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.

MB Negeri Sembilan tandatangan tanpa rela

Image from: MB Negeri Sembilam Dakwa Kena Paksa Tandatangan Proklamasi

Menurut Ismail, laporan polis dibuat sekitar jam 6 petang pada 8 September 2026 berhubung perkara tersebut.

Saya ingin menjelaskan bahawa Surat Cara tersebut telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).- Katanya.

Kerajaan Negeri turut berpandangan Surat Cara Proklamasi berkenaan tidak memenuhi proses serta tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Atas alasan itu, kerajaan negeri menyatakan dokumen terbabit tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Jawatankuasa pendamai dicadang

Dalam perkembangan sama, Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Bilangan 5 Tahun 2026 yang bersidang pada 8 September turut membincangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pendamai.

Jawatankuasa tersebut dicadangkan sebagai wadah bagi mencari penyelesaian terhadap isu adat secara harmoni, berhemah dan berlandaskan semangat muafakat.

Kerajaan Negeri turut merujuk kepada Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan Persekutuan terhadap hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan.

Tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz

Image from: MB Negeri Sembilam Dakwa Kena Paksa Tandatangan Proklamasi

Ismail dalam kenyataan sama turut menegaskan sokongan serta taat setianya kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat.- Katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas isu berhubung Surat Cara Proklamasi berkenaan menjadi perhatian pada malam sebelumnya.

The post MB Negeri Sembilam Dakwa Kena Paksa Tandatangan Proklamasi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved