MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan proklamasi: Kertas siasatan dibuka

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 2:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan proklamasi: Kertas siasatan dibuka

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang dipaksa menandatangani surat cara proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan berhubung perkara itu masih dalam proses.

“Kita sudah buat kertas siasatan dan masih lagi dalam proses.

“Kalau ada perkembangan seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media,” katanya selepas ditemui pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Pada 9 September lalu, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani surat cara proklamasi berkenaan tanpa kerelaannya dan dalam keadaan paksaan.

Susulan itu, beliau turut membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Ismail dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpendirian bahawa surat cara tersebut adalah tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – UTUSAN

The post MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan proklamasi: Kertas siasatan dibuka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved