MB Terengganu Ulas Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Dan Bintang Di Dataran Batu Buruk

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sejak Jumaat lalu, kecoh di media sosial apabila satu rakaman video menunjukkan Jalur Gemilang yang dipasang di Dataran Batu Buruk, Terengganu kelihatan tidak lengkap tanpa lambang bulan dan bintang.

Perkara itu memang mengundang rasa kurang senang ramai, lebih-lebih lagi bila melibatkan bendera kebangsaan yang cukup besar maknanya buat rakyat Malaysia.

MB Terengganu jelaskan kejadian itu tidak disengajakan

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tampil menjelaskan bahawa kejadian tersebut dipercayai bukan dilakukan dengan niat tertentu.

@m_b_thorn

fyp fypシ viral

♬ original sound – Faizal Tahir – Faizal Tahir

Sebaliknya, beliau menyifatkan insiden itu sebagai kejadian terpencil yang berlaku secara tidak disengajakan.

Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, kes yang terpencil yang tidak disengajakan.

Beliau menambah, siasatan lanjut akan dibuat untuk memastikan perkara itu tidak berulang lagi, tidak kiralah siapa yang memasangnya sama ada orang awam dan sebagainya.

Rupanya bahagian itu tercabut masa ribut

Dalam masa sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Lizan Che Mat menjelaskan bahawa bendera berkenaan sebenarnya bukan dipasang dalam keadaan kosong sejak awal.

jalur gemilang

Menurutnya, lambang bulan dan bintang pada Jalur Gemilang itu dijahit secara berasingan, namun bahagian tersebut tercabut selepas kawasan berkenaan dilanda angin kencang.

Pihak MBKT juga sudah mengambil tindakan segera pada hari kejadian dengan menurunkan bendera yang rosak itu dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.

Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang, cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan. Selepas ini, kita tidak akan jahit lagi sebaliknya kita akan beli bendera yang sudah siap dan sempurna sepenuhnya.

Lizan berkata, selepas ini pihaknya akan memastikan bendera yang dipasang adalah bendera siap sepenuhnya supaya ia menepati spesifikasi dan tidak lagi berdepan masalah sama.

The post MB Terengganu Ulas Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Dan Bintang Di Dataran Batu Buruk appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved