MBSB Research: Kos tinggi bahan mentah dan untung rendah syarikat bersekutu jadi cabaran Press Metal

Business & Finance
28 Aug 2026 • 11:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MBSB Research: Kos tinggi bahan mentah dan untung rendah syarikat bersekutu jadi cabaran Press Metal Image from: MBSB Research: Kos tinggi bahan mentah dan untung rendah syarikat bersekutu jadi cabaran Press Metal amree28/08/2026 - 11:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Ogos — Peningkatan kos bahan mentah, dan kejatuhan ketara sumbangan keuntungan syarikat bersekutu, menjadi cabaran utama perlu ditangani Press Metal Aluminium Holdings Berhad.

 

Menurut MBSB Research, harga alumina kontrak meningkat hingga AS$30 (RM120) satu tan, di samping kos anod prabakar dan logistik turut meningkat masing-masing mencecah 8% dan 20% suku ke suku.

 

Pada masa sama, bahagian keuntungan syarikat bersekutu menjunam 75% tahun ke tahun kepada RM23.5 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026, berikutan sumbangan rendah daripada Nanshan Aluminium.

 

"Keuntungan bersih teras Press Metal bagi 2QFY26 namun naik 42% tahun ke tahun (YoY) dan 10% suku ke suku (QoQ) kepada RM685.6 juta selepas diambil kira pelarasan item bukan teras," tambahnya.

 

MBSB Research berkata, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) kumpulan itu pula melonjak kira-kira 65.6% kepada RM801 juta, manakala hasil naik 11.9% kepada RM4.69 bilion.

 

Prestasi positif tersebut ujarnya, dipacu oleh harga aluminium direalisasikan yang lebih tinggi serta peningkatan jualan produk bernilai tambah (VAP), khususnya aloi tuangan dan billet.

 

Susulan itu jelas firma berkenaan, Press Metal turut mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 2.5 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen interim 1HFY26 sebanyak lima sen sesaham.

 

Press Metal_DagangNews2026

 

"Bagaimanapun tekanan kos terus menjadi isu perlu diberi perhatian, kerana dikhuatiri mengehadkan manfaat daripada isu harga aluminium yang lebih tinggi jika masih berterusan," kata MBSB Research.

 

Walaupun begitu, margin berjaya meningkat kepada 26.7%, disokong harga jualan keseluruhan yang tinggi, dengan kelebihan kos tenaga dan strategi lindung nilai membantu mengurangkan kesan input.

 

Segmen VAP menjadi pemacu pertumbuhan Press Metal apabila menyumbang 57% daripada jumlah jualan didorong oleh tempahan pelanggan baharu ketika bekalan aluminium di Timur Tengah semakin kurang.

 

Kumpulan turut menyasarkan tambahan kapasiti sebanyak 180,000 tan setahun menjelang 4QFY26, yang meningkatkan campuran produk bermargin tinggi dan mengurangkan kebergantungan jualan aluminium.

 

"Bagi mengurangkan turun naik kos bahan mentah dalam jangka panjang, MBSB Research turut melihat pengembangan integrasi huluan di Indonesia sebagai antara kekuatan utama kumpulan," jelasnya.

 

Justeru, ia mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM9.56, dipacu operasi peleburan kos rendah menggunakan tenaga boleh diperbaharui (RE), dan pengembangan integrasi huluan.

 

Firma itu percaya faktor pertumbuhan sumbangan VAP turut dapat membantu Press Metal mengurus tekanan kos dan menyokong pertumbuhan pendapatan jangka sederhana. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved