MCE Holdings peroleh kontrak bekal alat ganti model kereta baharu Proton

Business & Finance
21 Jul 2023 • 9:17 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MCE Holdings peroleh kontrak bekal alat ganti model kereta baharu Proton

diyana

21/07/2023 - 09:17

KUALA LUMPUR 21 Julai - MCE Holdings Bhd telah memperoleh kontrak membekalkan pelbagai alat ganti elektronik dan mekatronik untuk model kereta baharu Proton.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MCE berkata anak syarikatnya, Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd dijangka membekalkan alat ganti untuk tempoh 35 bulan mulai suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024 (1QFY24) dan seterusnya.

Pengilang alat ganti kenderaan itu menjangkakan projek tersebut menjana jumlah hasil kira-kira RM13.24 juta dalam tempoh itu, manakala anggaran jumlah kos pelaburan adalah RM610,000.

Syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia itu telah mencatat keuntungan bersih RM4.7 juta pada suku ketiga berakhir 30 April 2023 (3QFY23), melonjak 67% daripada RM2.8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya,

Manakala pendapatannya meningkat 39% kepada RM39.31 juta daripada RM28.1 juta sebelumnya.

Pada waktu penulisan, saham MCE didagangkan pada RM1.85, naik 3 sen atau 1.65% dengan modal pasarannya bernilai RM111.8 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved