MCMC Saran Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran EWS, Ini Caranya

LocalTechnology
20 Nov 2026 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MCMC Saran Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran EWS, Ini Caranya

Seperti yang diketahui, ujian simulasi sistem amaran kecemasan negara (EWS) akan dijalankan secara serentak di seluruh negara pada 29 November depan.

Ia dilaksanakan bertujuan untuk memastikan orang ramai memahami bahawa notifikasi berkenaan merupakan sebahagian daripada proses pengujian sistem dan bukan amaran kecemasan sebenar.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk mengemas kini telefon masing-masing ke versi terkini.

"Pastikan telefon anda dikemas kini untuk menerima Sistem Amaran Awal (EWS).

"Bagi memastikan telefon anda bersedia menerima amaran melalui EWS, pengguna disarankan untuk mengemas kini sistem operasi peranti masing-masing kepada versi terkini," katanya.

Berikut merupakan langkah untuk menerima sistem amaran awal:

Bagi pengguna iOS, anda perlu ke tetapan terlebih dahulu dan tekan di bahagian "General".

Seterusnya pergi ke bahagian "Software update" dan kemas kini ke iOS terkini iaitu versi 27.2.

Image from: MCMC Saran Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran EWS, Ini Caranya

Pengguna Android juga lebih kurang sama, pergi ke tetapan dan buka "Software update).

Kemas kini perisian ke Android 12.

Image from: MCMC Saran Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran EWS, Ini Caranya

Sementara itu, pengguna Huawei turut perlu membuka bahagian tetapan dan tekan "System & updated".

Selepas itu kemas kini perisian ke Huawei 16.

Image from: MCMC Saran Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran EWS, Ini Caranya

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata sistem itu berfungsi sebagai pelengkap kepada kaedah penyampaian amaran sedia ada, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan siren yang dipasang di sepanjang sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Baca juga:

“Untuk telefon bimbit lama, mereka masih akan menerima SMS, tetapi bagi telefon lebih baharu, penerimaan maklumat adalah melalui EWS yang akan dikeluarkan sebagai mesej pop-up.

“Kita tidak perlu memasang atau memuat turun apa-apa aplikasi kerana sistem ini akan berkomunikasi terus dengan telefon bimbit dan bukan melalui SMS,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved