MCMC Siasat Tiga Individu Sebar Berita Palsu Tarif Elektrik

LocalPolitics
1 Apr 2026 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan rasmi terhadap tiga orang individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu mengenai kenaikan tarif baharu elektrik.

Maklumat yang tidak benar tersebut dikesan tular di beberapa platform digital utama termasuk Facebook, Threads, dan WhatsApp dan hasil semakan awal pihak MCMC mendapati kandungan palsu tersebut telah disunting secara haram daripada kandungan rasmi Astro AWANI.

image is not available

Suspek dipercayai menyalahgunakan elemen reka grafik agensi berita berkenaan bagi mengelirukan orang ramai. Tindakan ini bukan sahaja bersifat palsu, malah boleh mencetuskan persepsi negatif serta menimbulkan kegelisahan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Tindakan Undang-Undang Tegas

Pihak MCMC menegaskan bahawa siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000, hukuman penjara sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel berkaitan : “Tiada kompromi terhadap pengh*naan agama” – MCMC Buru Individu P*jak Al-Quran Selepas Tular Di Threads

Artikel berkaitan : Pelajar IPT Mengaku Tak Bersalah P*jak Al-Quran, Lakukan Hantaran Komunikasi Jelik

Dalam pada itu, pihak MCMC memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan rakyat.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa bertanggungjawab dan tidak memuat naik atau berkongsi kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat. Pastikan kesahihan maklumat sebelum ditekan butang ‘kongsi’.

Sumber : MCMC

Sumber: MCMC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.