Media luar ‘tumpahkan teh’ Bahrain GP tetapi di Sepang

25 Jul 2026 • 11:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Media luar ‘tumpahkan teh’ Bahrain GP tetapi di Sepang

PETALING JAYA – Peminat sukan permotoran di negara ini mula ‘kecoh’ apabila Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) pada Oktober ini.

Khabar gembira itu kini mula tular di media sosial apabila rata-rata peminat berkongsi laporan yang dikeluarkan agensi berita antarabangsa iaitu BBC.

“BBC sport dah jawab. F1 race (perlumbaan) dekat Sepang Malaysia tapi digantikan nama Bahrain GP (Grand Prix),” kata Zyzyagera23 di aplikasi Threads.

Namun, berdasarkan laporan agensi itu, perlumbaan di Sepang itu hanyalah venue untuk menggantikan  GP Bahrain yang dibatalkan susulan konflik bersenjata di Asia Barat.

Jelas agensi itu, perlumbaan tersebut akan diadakan pada 2 hingga 4 Oktober seminggu sebelum GP Singapura.

“Bagaimanapun, perlumbaan itu akan tetap dikenali sebagai GP Bahrain meskipun diadakan di Malaysia,”kata laporan BBC.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pulau Pinang hari ini berkata, perkembangan berkaitan kemungkinan Malaysia kembali menganjurkan perlumbaan F1 akan diumumkan esok.-KOSMO! ONLINE

The post Media luar ‘tumpahkan teh’ Bahrain GP tetapi di Sepang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved