Mek Jeram Jadi Tumpuan, Penduduk Berpusu-Pusu Datang Tengok Sebelum Dipindahkan

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 11:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mek Jeram Jadi Tumpuan, Penduduk Berpusu-Pusu Datang Tengok Sebelum Dipindahkan

Kita hidup di dunia ini dengan berkongsi ruang bersama makhluk lain termasuk haiwan liar. Sejak sekian lama, manusia dan haiwan hidup serta menyesuaikan diri dengan persekitaran masing-masing.

Bagaimanapun, pembangunan yang pesat turut memberi kesan kepada habitat hidupan liar. Haiwan seperti gajah dan harimau misalnya semakin berdepan dengan ruang habitat yang mengecil atau terpisah.

Dalam keadaan ini, pertembungan antara manusia dan hidupan liar sukar untuk dielakkan sepenuhnya.

Sejak beberapa hari lalu, dua kisah mengenai gajah liar menarik perhatian ramai di Malaysia.

Kes pertama melibatkan gajah bernama Sulong Chalil yang kini menjadi perhatian selepas dilihat bergerak di sekitar Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.

Baca juga:

Gajah itu dipercayai sedang menuju kembali ke kawasan asalnya di Gua Musang selepas sebelum ini dipindahkan ke Gerik.

Dalam keadaan kaki hadapan kanannya cedera dan perlu menempuh perjalanan jauh, keadaan Sulong mengundang simpati ramai.

Bagaimanapun, Perhilitan memaklumkan luka berkenaan semakin kering dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan, selain gajah itu masih mampu makan dan bergerak dengan baik.

Mek Jeram curi tumpuan

Sementara itu, di Kuala Terengganu pula, seekor gajah liar betina yang diberi nama Mek Jeram oleh penduduk setempat turut mencuri perhatian.

Gajah itu telah ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu pada Sabtu lalu, sebelum dipindahkan untuk dilepaskan ke habitat baharu di Taman Negeri Royal Belum, Perak pada Selasa.

Ketika proses pemindahan dilakukan, ramai penduduk tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Mek Jeram dari dekat.

Ditambah pula dengan kehadiran dua gajah denak, Indah dan Suria, suasana di Kampung Jeram bertukar meriah apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat haiwan-haiwan berkenaan.

Image from: Mek Jeram Jadi Tumpuan, Penduduk Berpusu-Pusu Datang Tengok Sebelum Dipindahkan

Ia dapat dilihat menerusi beberapa video dan gambar yang dikongsikan oleh pengguna media sosial.

Selepas lebih dua jam operasi pemindahan dengan bantuan Indah dan Suria, Mek Jeram akhirnya berjaya dibawa menaiki lori dalam keadaan selamat dan stabil.

Ramai yang mendoakan agar Mek Jeram sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat menjalani kehidupan dengan selamat di habitat baharunya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved