Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Seekor gajah liar jantan dewasa yang dikesan berkeliaran di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik sejak 17 Ogos lalu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, dipercayai merupakan gajah yang pernah dipindahkan dari Gua Musang pada awal bulan lalu.
Penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil mengesahkan gajah berkenaan adalah ‘Sulong Chalil’, nama yang diberikan penduduk kepada gajah liar tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Chalil, Hasan Saleh, berkata penduduk kini teruja mengikuti perkembangan gajah berkenaan yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke RKT KESEDAR Chalil.
“Menurut maklumat daripada penduduk, gajah yang tular itu adalah Sulong Chalil yang dipindahkan pada 4 Ogos lalu selepas ditangkap pada penghujung Julai.
“Kami di sini juga menanti perkembangan seterusnya berkenaan gajah terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Hasan menjelaskan dakwaan orang ramai bahawa gajah berkenaan diikat terlalu lama sebelum dipindahkan kerana pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) perlu mengikut operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Katanya, kumpulan operasi pemindahan gajah itu mempunyai tugasan pindah gajah di kawasan lain seperti di Johor sebelum tiba di Kelantan. Kebetulan juga di Gua Musang terdapat dua lokasi gajah liar berjaya ditangkap.
@aamilyatif Rezeki suami dapat bertentang mata dengan #sulongchalil #gajahviral Moga terus selamat sampai ke destinasi yg dituju
♬ suara asli – S𐌵𝘯ꛘ 🅜υՏเ𒐏 – S𐌵𝘯ꛘ 🅜υՏเ𒐏
Artikel berkaitan: “Gajah pun tahu bau orang kita!” – Netizen Sayu Tengok Dara, Amoi & Kelat Berhenti Bila Nama Dipanggil Pelancong Malaysia
Artikel berkaitan: “Selagi bernama ibu…” – Sayu, Ibu Gajah Tak Berganjak 7 Jam Selepas Anak M*ti Dirempuh Kereta
Menurut Hasan, konflik antara gajah liar dan penduduk di kawasan berkenaan sudah lama berlarutan sehingga banyak kerugian terpaksa ditanggung serta kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Sebelum ini, kelibat gajah berkenaan beberapa kali dirakam penduduk ketika berkeliaran di kawasan kampung sehingga menimbulkan kebimbangan.
Terdahulu, media melaporkan PERHILITAN Perak terus memantau seekor gajah liar jantan dewasa yang dikesan berkeliaran di JRTB, Gerik sejak 17 Ogos lalu, dengan mengiringi gajah itu kembali ke kawasan hutan.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






