
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di Malaysia, semua orang tidak dihalang untuk berniaga asalkan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut negeri masing-masing.
Tidak dinafikan, dengan berniaga seseorang dapat membantu ekonomi keluarga, diri sendiri termasuklah negara.
Pun begitu, masih ada segelintir peniaga yang enggan mematuhi peraturan dengan berniaga di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga menyusahkan orang awam.
Baca Artikel Berkaitan: “Asal Tak Meniaga Tengah Highway?”- Orang Ramai Kecam Tindakan Peniaga Buka Gerai Tengah Jalan [Video]
Tular peniaga parkir van tengah jalan untuk turunkan barang niaga
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan seorang peniaga memarkir kenderaannya di tengah jalan berhampiran sebuah simpang sehingga menghalang laluan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dashcam.my, peniaga itu meletakkan sementara kenderaan jenis Perodua Rusa itu di situ untuk menurunkan barang-barang niaga di sebuah gerai yang berada di tepi jalan.
“Orang lain pun berniaga juga, tapi takda lah melampau sampai macam ini,” tulis di dalam video.
Pemilik dashcam yang berada di laluan tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terhalang dengan van tersebut sehingga terpaksa menukar lorong di sebelah.
Peniaga buat tak tahu selepas ditegur
Malah, turut kedengaran suara pemandu lelaki itu yang menegur peniaga terbabit untuk mengalihkan kenderaannya di kawasan berdekatan yang tidak menghalang laluan jalan raya.
Namun, peniaga berkenaan hanya mendengar dan tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya kembali menyambung mengeluarkan barang-barangan niaganya.
Tidak pasti sama ada kawasan jalan itu merupakan tapak pasar malam atau sebaliknya memandangkan tiada info lanjut mengenai masa dan lokasi kejadian berlaku.
Kalau datang penguatkuasa, nanti mulalah play victim dashcamvideo malaysiamemes dashcamvideos dashcamera dashcams dashcam dashcameracarcrash dashcammalaysia dashcameralessons malaysia malaysiareaction malaysiasong 多少柔情多少泪 malaysiaboleh malaysian malaysiaboleh dashcamcarcrash malaySiameme malaysianupdate #malaysiamemestamil
Netizen pakat kecam, harap pihak berkuasa ambil tindakan.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan peniaga terbabit yang telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Mereka turut menyifatkan peniaga tersebut sebagai pentingkan diri kerana tidak mahu mengangkat barangan niaga jauh sedikit sehingga sanggup berhenti di tengah jalan raya.
Tidak kurang juga yang berharap agar pihak PBT mengambil tindakan tegas terhadap peniaga-peniaga sebegini.





![Aksi 6 Lelaki Berparang Di Bangladesh Kejar Kereta Pada Lewat Malam Buat Ramai Seriau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
![Tindakan Pemuda & Polis Trafik Berganding Bahu Tutup Lubang Tersembunyi Di Tengah Jalan Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

