Memang lain macam, derma darah dapat siakap dan udang

Health & FitnessLifestyle
16 Aug 2026 • 9:10 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Memang lain macam, derma darah dapat siakap dan udang

KUALA LUMPUR – Seorang wanita teruja apabila menerima ikan siakap dan udang beku sebagai cenderahati selepas menderma darah, sekali gus mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai Intan berkata, cenderahati berkenaan diterimanya ketika menjalani aktiviti menderma darah di sekitar Pulau Pinang hari ini.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut berkongsi pengalaman masing-masing menerima barangan menarik sebagai penghargaan selepas menderma darah.

“Saya hari tu derma dapat beras, mi segera, biskut macam-macamlah… baru berbaloi,” kata Chekfaz.

Seorang lagi pengguna, Larikemanatu pula berkongsi pengalaman pernah menerima hamper dan botol ketika menderma darah.

“Pernah dapat hamper dengan botol dulu masa derma darah, tak sangka sekarang dapat lagi best,” katanya.

Sementara itu, IzzaHatta berkata, menerima sekotak besar bijirin juga sudah cukup menggembirakan, apatah lagi jika memperoleh siakap dan udang.

“Kita dapat sekotak besar ‘cereal’ pun gembira dah… kalau dapat siakap dengan udang ni memang lain macam,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, Fsm.Syakira mengambil kesempatan menyeru orang ramai yang memenuhi syarat kesihatan serta mempunyai paras hemoglobin (Hb) mencukupi supaya tampil menderma darah.

“Siapa-siapa yang sihat dan cukup Hb, pergilah menderma. Ada banyak kelebihan kalau menderma darah,” katanya.

Perkongsian tersebut turut membuka ruang kepada warganet untuk berkongsi pengalaman menerima pelbagai cenderahati selepas menderma darah, selain menjadi galakan kepada lebih ramai orang yang layak untuk tampil membantu menambah bekalan darah.

The post Memang lain macam, derma darah dapat siakap dan udang appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved