
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak asing lagi dalam kalangan netizen.
Manakan tidak, konten yang dikongsikannya di media sosial khususnya melibatkan beliau serta pelajar di bawah MARA dan bantuan yang diberikan kepada pelajar yang memerlukan nyata mendapat perhatian.
Ramai yang memuji tindakan Asyraf Wajdi yang prihatin malah pantas menghulurkan bantuan terutama buat mereka yang memerlukan.
Antaranya seperti perkongsian beliau baru-baru ini yang telah mengambil dua anak kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang maut akibat pemandu mabuk sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM).
Baca Artikel Berkaitan: MARA Ambil Dua Anak Mangsa Pemandu Mabuk Jadi Anak Angkat
Pantas Respon Kepada Pelajar Cemerlang Yang Memerlukan
Terbaharu, Asyraf Wajdi sekali lagi menjadi perhatian apabila beliau pantas memberikan respon dan bantuan terhadap golongan pelajar yang memerlukan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, seorang pengguna memuji respon Setiausaha Agung UMNO itu yang pantas dalam menghulurkan bantuan kepada seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (2025).
“Macam tu je beliau kasi settle. Patutla MRSM perform teruk tahun ni. Padu Mat,” tulisnya.
Melalui perkongsian terbabit, pengguna berkenaan turut berkongsi tangkap layar sebuah pertubuhan kebajikan yang dikenali sebagai MyKasih Care meminta bantuan Asyraf Wajdi untuk membantu pelajar berkenaan yang merupakan penerima bantuan fakir miskin.
“Kepada Pengerusi MARA Asyraf Wajdi Dusuki, sedikit maklumat ringkas mengenai pelajar ini, ayahnya seorang OKU fizikal, tiada pendapatan, penerima bantuan fakir dan miskin. Neneknya penghidap 3 jenis kanser, juga tiada pendapatan.
“Sungguhpun dalam keadaan keluarganya begini, anak ini tetap perform (semua A) dalam SPM 2025.
“Kami Mykasihcare kenal dan yakin anak ini mampu pergi jauh. Kami sudah santuni mereka sejak anak ini kecil lagi. Kini, moga ada yg menyahut untuk bawa anak ini terbang lebih tinggi,” tulis pertubuhan berkenaan.
Ekoran ini, Asyraf Wajdi telah meminta pihak terbabit untuk memberikan butiran kepada pegawainya yang dikenali sebagai Faizal.
“Terima kasih tagged saya. Tolong bagi maklumat penuh kepada pegawai saya, Faizal +60 19-224 1555. InsyaAllah pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah, miskin, yatim sentiasa menjadi keutamaan saya dan MARA,” kongsinya.
View on Threads
Bersetuju Untuk Bantu Pelajar Tidak Berjaya Yang Memerlukan
Bukan hanya pelajar cemerlang, Asyraf Wajdi dilihat tidak kisah untuk menganjurkan program bermanfaat sebagai dorongan buat pelajar yang tidak cemerlang dalam SPM.
Ia ekoran permintaan pertubuhan berkenaan untuk membantu pelajar terbabit dalam menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
View on Threads
Malah, Asyraf Wajdi menerusi akaun Thread miliknya turut meminta orang ramai menyalurkan kepadanya maklumat pelajar yang miskin, yatim atau yatim piatu yang cemerlang.
View on Threads
Ramai Puji Tindakan Asyraf Wajdi Bela Nasib Mereka Yang Memerlukan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 208,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pantas dan prihatin Asyraf Wajdi dalam membela nasib pelajar yang memerlukan.
Malah, ada yang mengharapkan agar beliau terus kekal memegang jawatan berkenaan pada masa hadapan.
Bukan itu sahaja, ada juga yang turut berkongsi pengalaman baik mereka sendiri bersama pihak pengurusan MARA yang lain.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Dr Ni Jadi Pengerusi MARA Memang Padu Job Dia, Harap Tak Ada Yang Hasad Dengki Dengan Orang Yang Betul Buat Kerja”

“Respect Betul Aku Dekat Dia”

“Saya Sokong Sepenuhnya Apa Yang Dr Asyraf Wajdi & MARA Buat Untuk Bantu Pelajar”

“MARA Terbukti Bantu Anak Bangsa, Saya Dari Biasiswa Penuh MARA”

Baca Artikel Berkaitan: MARA Tawar Bantuan Pelajar Cemerlang Berhenti Belajar Kerana Miskin & Kerja Kilang Untuk Bantu Keluarga
Baca Artikel Berkaitan: MARA Ambil Dua Anak Mangsa Pemandu Mabuk Jadi Anak Angkat


