
Menara Merdeka 118 Kini Dinamakan Semula Sebagai Menara Merdeka Maybank
Maybank mengumumkan bahawa Menara Merdeka 118 telah dinamakan semula secara rasmi sebagai Menara Merdeka Maybank pada Selasa.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya, Maybank berkata penukaran nama menara itu mencerminkan kehadiran pihaknya di bangunan mercu tanda itu sebagai ibu pejabat.
"Alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.
Agong Rasmi Menara Merdeka 118
Polis Kerjasama Dengan SKMM, Siasat Ketulenan Video Ceroboh Menara Merdeka 118
Kedua-dua nama bangunan itu berkuat kuasa pada 28 Julai.
"Maybank ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga diberitahu kelak.
"Tiada kesan ke atas pelanggan yang menyimpan akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan diteruskan seperti biasa," katanya.






