Menara Penghantaran Elektrik Tumbang, Sabah Electricity Kerah Segala Sumber Pulihkan Bekalan Di Pantai Timur Sabah

26 Nov 2026 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Menara Penghantaran Elektrik Tumbang, Sabah Electricity Kerah Segala Sumber Pulihkan Bekalan Di Pantai Timur Sabah

Pasukan teknikal Sabah Electricity sedang giat melakukan kerja-kerja pemulihan susulan gangguan bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah sejak pagi tadi.

Gangguan itu pula berlaku susulan menara penghantaran elektrik T313 di Ranau tumbang awal pagi tadi, menyebabkan kedua-dua litar talian penghantaran ke kawasan Pantai Timur Sabah terjejas.

Lapan daerah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas Sabah Electricity mengesan insiden yang menjejaskan penyaluran elektrik ke kawasan terbabit pada pukul 6.04 pagi.

Image from: Menara Penghantaran Elektrik Tumbang, Sabah Electricity Kerah Segala Sumber Pulihkan Bekalan Di Pantai Timur Sabah
Kredit: Facebook Sabah Electricity Careline

Menerusi kemas kini di Facebook, Sabah Electricity memaklumkan pihaknya sedang memasang kabel penahan pada dua menara penghantaran berhampiran menara T313 yang tumbang.

"Pemasangan kabel penahan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pengalihan kabel penghantaran T313 dimulakan.

"Ini bagi memastikan kedua-dua menara berhampiran kekal stabil dan tidak turut tumbang akibat tarikan kabel semasa proses pengalihan.

"Dalam masa yang sama, jentera berat masih digunakan bagi mengangkat kabel penghantaran yang merentangi jalan raya," katanya.

Image from: Menara Penghantaran Elektrik Tumbang, Sabah Electricity Kerah Segala Sumber Pulihkan Bekalan Di Pantai Timur Sabah
Kredit: Facebook Sabah Electricity Careline

Menurutnya, kerja-kerja tersebut merupakan antara proses persediaan bagi membolehkan pemasangan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) dilaksanakan dengan selamat bagi memulihkan laluan penghantaran elektrik yang terjejas.

Dalam masa yang sama, segala sumber, aset dan tenaga kerja yang tersedia terus digerakkan bagi mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna di Pantai Timur Sabah, tanpa mengabaikan aspek keselamatan pasukan teknikal dan orang awam.

"Sabah Electricity amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengguna dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dan perkembangan terkini mengenai status pemulihan bekalan elektrik menerusi halaman Facebook rasmi Sabah Electricity Careline," kata kenyataan itu.

Menerusi beberapa hantaran yang berasingan, Sabah Electricity turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan seperti di Kota Marudu, Sandakan, Papar dan Lahad Datu telah pulih.

Image from: Menara Penghantaran Elektrik Tumbang, Sabah Electricity Kerah Segala Sumber Pulihkan Bekalan Di Pantai Timur Sabah
Kredit: Facebook Sabah Electricity Careline

Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang masih terlibat dalam catuan dan penutupan bekalan elektrik.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihaknya turut berganding bahu dengan Sabah Electricity dalam usaha memulihkan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan yang terjejas.

Baca juga:

Menurutnya, kemudahan Starlink telah disediakan di 18 tapak kritikal.

Selain itu, pemasangan generator oleh pemberi perkhidmatan telekomunikasi turut melengkapi usaha pemulihan bekalan elektrik yang dilaksanakan oleh Sabah Electricity.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved