Mengundi awal PRN Melaka berjalan lancar

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 9:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mengundi awal PRN Melaka berjalan lancar

MELAKA – Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka tepat 8 pagi ini bagi membolehkan 12,531 pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan SPR bermula dari 12 tengah hari, 2 petang hingga 5 petang hari ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasmi pada 23 Sept lepas, setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

SPR menetapkan hari ini bagi pengundian awal, manakala 14 Nov sebagai hari pengundian.

Secara keseluruhan, sebanyak 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN Melaka kali ini.

Pilihan raya ini menyaksikan Pakatan Harapan mempertaruhkan calon di 24 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (23), Parti Bersama Malaysia (16), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tujuh), Perikatan Nasional (lima), parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan Bebas (tiga).

Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional menang 21 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan menang lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi. – Bernama

The post Mengundi awal PRN Melaka berjalan lancar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved