Menjelang Mesyuarat MA63, PM Janji Perkukuh Hubungan Kerajaan Persekutuan Dengan Sabah Dan Sarawa

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 11:16 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Menjelang Mesyuarat MA63, PM Janji Perkukuh Hubungan Kerajaan Persekutuan Dengan Sabah Dan Sarawa

BANDAR SRI BEGAWAN - Hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak akan terus diperkukuh berlandaskan prinsip saling menghormati serta kepercayaan.

Memberikan jaminan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persiapan bagi menghadapi Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu antara perkara dibincangkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini semalam.

Abang Johari dan Hajiji berada di Brunei sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27).

Anwar berkata, pertemuan ketika sarapan itu turut menyaksikan ketiga-tiga pemimpin bertukar pandangan mengenai beberapa perkembangan semasa, selain memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Usaha itu katanya, penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela, di samping mewujudkan pembangunan yang lebih adil dan seimbang antara wilayah.

“Insya-Allah, hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan saya dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuh atas dasar saling menghormati dan kepercayaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Mesyuarat MTPMA63 dijangka berlangsung di Kota Kinabalu dalam tempoh beberapa minggu lagi, dengan pelbagai perkara berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dijangka menjadi antara fokus utama perbincangan.

Pertemuan Anwar bersama kedua-dua pemimpin negeri itu turut berlaku ketika Kerajaan Persekutuan terus mempergiat usaha menyelaras kerjasama dengan Sabah dan Sarawak, khususnya membabitkan agenda pembangunan serta pelbagai isu berkaitan pelaksanaan MA63.

Dalam perkembangan lain, Malaysia dan Brunei turut bersetuju secara prinsip untuk memudahkan pergerakan rakyat antara kedua-dua negara, termasuk menangani isu berkaitan imigresen.

Kedua-dua negara turut menggesa jawatankuasa teknikal di peringkat Persekutuan, dengan kerjasama Sabah dan Sarawak, supaya mempercepatkan proses berkaitan.

Anwar tiba di Bandar Seri Begawan semalam bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari bersempena ALC-27. - Getaran, 23 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved