Warisan tuntut perincian RM4.06 bilion

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 4:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Warisan tuntut perincian RM4.06 bilion

Kota Kinabalu: Parti Warisan menuntut Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mendedahkan perincian mengenai peruntukan bersejarah RM4.06 bilion bagi menangani krisis bekalan air di Sabah seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Parti itu berkata kedua-dua kerajaan perlu segera mendedahkan butiran lengkap dan telus bagi kesemua 83 projek berkenaan atau berdepan risiko ia dianggap sebagai satu lagi janji kosong.

Tuntutan itu dibuat ketika ibu negeri sendiri sedang berdepan masalah gangguan bekalan air yang serius yang dilaporkan menjejaskan sekurang-kurangnya 14 hotel utama serta beberapa kawasan komersial penting.

Menurut Warisan keadaan itu menimbulkan persoalan serius sama ada komuniti luar bandar akan dapat menikmati bekalan air yang boleh dipercayai sekiranya Kota Kinabalu sendiri tidak mampu menjamin perkhidmatan bekalan air yang stabil.

Ahli Majlis Tertinggi Warisan Chen Ket Chuin berkata rakyat Sabah telah berdepan masalah gangguan bekalan air, catuan dan kelewatan pelaksanaan projek selama beberapa dekad justeru pengumuman peruntukan secara umum tidak lagi mencukupi.

Beliau menegaskan orang ramai berhak mengetahui dengan tepat ke mana setiap ringgit daripada peruntukan itu akan dibelanjakan.

“Selepas bertahun-tahun berdepan kekecewaan, rakyat tidak lagi mahu mendengar pengumuman besar tanpa perincian yang jelas.

“RM4.06 bilion adalah jumlah wang awam yang amat besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Chen menuntut supaya senarai penuh 83 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) diterbitkan, termasuk lokasi tepat, kos, kontraktor, status pelaksanaan dan tarikh siap yang tetap.

Beliau turut mahu kemas kini kemajuan secara berkala didedahkan kepada umum termasuk maklumat mengenai perbelanjaan, kelewatan serta prestasi kontraktor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved