“Menyusahkan Orang!” – 2 Rider Bertumbuk Depan Lampu Isyarat Raih Perhatian Ramai [Video]

23 Sep 2025 • 5:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebagai individu yang menggunakan kemudahan seperti jalan raya, pasti korang sering melihat pelbagai ragam pengguna yang lain bukan?

Ada yang tidak mengikuti undang-undang jalan raya dan ada pula yang bersikap pentingkan diri selain berlagak samseng apabila ditegur.

Sikap-sikap sebegini bukan hanya boleh membawa kepada pergaduhan, tetapi menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Tular 2 rider bertumbuk tengah jalan hingga menghalang laluan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan dua penunggang motosikal bergaduh di hadapan sebuah persimpangan lampu isyarat sehingga menghalang laluan kenderaan lain.

Menerusi perkongsan rakaman dashcam di laman X akaun @jllmisai, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.

Bagaimanapun secara tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX berhenti di sebelah dan bertindak memukul topi keledarnya.

Bertengkar dan bergaduh tengah jalan ketika lampu isyarat hijau

Tindakan penunggang NVX berkenaan menyebabkan ia melarat kepada pertengkaran dan pergaduhan di tengah-tengah jalan raya oleh kedua-dua individu itu ketika lampu bertukar hijau.

Malah, tindakan mereka juga menyebabkan ada sesetengah pemandu kenderaan tidak dapat bergerak ke hadapan kerana terhalang.

Penularan video terbabit telah meraih reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial.

Kebanyakan netizen mengecam tindakan mereka bergaduh di tengah jalan kerana telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Namun, ada juga yang mempersoal apakah punca yang menyebabkan penunggang NVX terbabit bengang dan memukul helmet rider berkenaan secara tiba-tiba.

image is not available

image is not available

image is not available

Salah faham lalu lintas jadi punca dua rider pergaduh

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner S. Vijaya Rao berkata, salah faham berkenaan situasi lalu lintas menjadi punca pergaduhan yang berlaku di simpang tiga lampu isyarat Jalan Haji Abdul Manan itu.

Menurutnya, insiden berkenaan dipercayai berlaku pagi semalam (22 September) dan pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung penularan video itu kira-kira pukul 5.40 petang pada hari yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ujarnya, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fazlan Rezza Mazlan di talian 011-10561017.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-32912222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.